OBJEKTIF PROJEK | |||
Menimba pengalaman melalui penglibatan secara langsung dengan perkhidmatan antarabangsa melalui projek khidmat masyarakat dan bantuan keamanan dan sosial kepada masyarakat Asean. | |||
Memberi pendedahan kepada pelatih Kor SUKSIS, Universiti Sains Islam Malaysia yang terpilih untuk menjalankan tugas kemasyarakatan peringkat antarabangsa sebagai kegiatan pendidikan sepanjang hayat selaras dengan semangat Asean. | |||
Memupuk semangat diri, ketahanan mental dan fizikal seiring dengan kehendak universiti APEX yang meletakkan “soft skills” sebagai satu nilai tambah kepada pelatih USIM. | |||
Melakukan khidmat bakti kepada masyarakat ASEAN dalam bentuk misi bantuan antarabangsa sebagai ‘international Service Team” mewakili USIM. | |||
Memupuk, membina dan mengilap semangat kerja berpasukan, semangat satu ASEAN bagi kewajaan bangsa satu Malaysia bagi digunakan sebagai pemangkin kepada kecemerlang Kor SUKSIS khususnya dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). | |||
| Memperkenalkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di peringkat ASEAN sebagai sebuah universiti yang menitikberatkan kelestarian dalam pembangunan insaniah pelajar sepanjang hayat. Disiplin dipupuk, kejayaan dicipta bagi melangsungkan teras kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara. |