Sunday, May 29, 2011

AKTIVITI PERTAMA MENCARI DANA

Team MISI PENGANTARABANGSAAN KOR SUKSIS USIM telah menjalankan aktiviti pertama untuk mencari dana di PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN(zon tengah) di Kem Rimba Ilmu, Juasseh,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.

Kami mendapat peluang untuk mengikuti setiap aktiviti yang dijalan kan dan mendapat kebenaran untuk mengambil gambar mereka. Kami mencetak gambar-gambar tersebut dan kemudian dijual kepada peserta yang berminat. Alhamdulillah, permintaan agak menggalakkan. Kami turut mengambil inisiatif untuk membuat satu GROUP FACEBOOK untuk peserta yang berminat untuk menyertai dan kami mencuba untuk meng'upload' semua koleksi gambar mereka. Kami mengenakan bayaran sebanyak RM3 bagi seorang peserta. Bayaran yang dikenakan bukan lah diatas khidmat pengurusan facebook berkenaan, tetap bayaran diatas khidmat kami sebagai photographer semasa disana. 

Kami akan cuba mencari peluang untuk menjelajah ke zon timur, zon utara dan zon selatan untuk meneruskan aktviti sebegini. Dengan kerjasama semua pihak, InsyaAllah, misi pengantarabangsaan kor suksis usim akan berjaya dilaksana kan. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH! :))

Wednesday, May 25, 2011

Mesyurat agong kali ke-2

Mesyuarat agong kali ke-2 berlangsung pada 22 April 2011, jam 3.00 ptg.bertempat di DKS 1.2 FEM.

Perkara yang di bincangkan adalah:-
  1. perlantikan 2 ketua biro baru iaitu biro aktiviti dan program serta biro kebajikan.
  2. penyertaan pelatih adalah bergantung kepada kehadiran semasa mesyuarat kali ke-3.
  3. tarikh cadangan: 5/11/2011-11/11/2011. tempat cadangan: Vietnam atau China(Guongzhou).
  4. bajet bagi seorang peserta: RM2500.
  5. pemilihan passport secara individu atau berkelompok.

sehubungan dengan itu, senarai peserta telah di kemaskini. semua peserta dikehendaki menyemak semula nama anda di bahagian senarai peserta .
 

Saturday, April 16, 2011

perhatian untuk peserta.

perhatian kepada semua para peserta, anda dikehendaki menyemak semula senarai nama anda di bahagian atas blog pada pages SENARAI PESERTA.
sebagai pengetahuan untuk semua, satu perjumpaan akan diadakan bagi membuat pemilihan peserta yang akan terlibat untuk misi ini. 


ini kerana pihak pengurusan inginkan mereka yang akan memberi sepenuh komitmen sahaja yang akan terlibat dalam misi ini.
perjumpaan akan diadakan pada minggu hadapan. segala maklumat akan diberitahu kemudian.
segala jawapan untuk isu-isu berbangkit akan dibentangkan oleh saudara haziqi.
kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan. terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...