Sunday, May 29, 2011

AKTIVITI PERTAMA MENCARI DANA

Team MISI PENGANTARABANGSAAN KOR SUKSIS USIM telah menjalankan aktiviti pertama untuk mencari dana di PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN(zon tengah) di Kem Rimba Ilmu, Juasseh,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.

Kami mendapat peluang untuk mengikuti setiap aktiviti yang dijalan kan dan mendapat kebenaran untuk mengambil gambar mereka. Kami mencetak gambar-gambar tersebut dan kemudian dijual kepada peserta yang berminat. Alhamdulillah, permintaan agak menggalakkan. Kami turut mengambil inisiatif untuk membuat satu GROUP FACEBOOK untuk peserta yang berminat untuk menyertai dan kami mencuba untuk meng'upload' semua koleksi gambar mereka. Kami mengenakan bayaran sebanyak RM3 bagi seorang peserta. Bayaran yang dikenakan bukan lah diatas khidmat pengurusan facebook berkenaan, tetap bayaran diatas khidmat kami sebagai photographer semasa disana. 

Kami akan cuba mencari peluang untuk menjelajah ke zon timur, zon utara dan zon selatan untuk meneruskan aktviti sebegini. Dengan kerjasama semua pihak, InsyaAllah, misi pengantarabangsaan kor suksis usim akan berjaya dilaksana kan. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH! :))

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...